Mat Sabu dilantik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan



PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.


Mohamad sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Terdahulu, Mat Sabu menang bergaya selepas berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram