Mata Arau terbeliak kepanasan bila Anwar sentuh isu dana tebatan banjir



TENANG atau cool dan sabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan tercabar sehingga mendorong beliau secara spontan, mengetuk meja dengan kuat mungkin kerana geram.

Anwar diakhir-akhir ucapannya dalam membentangkan usul di Dewan Rakyat memetik Kementerian Wilayah Persekutuan yang membelanjakan peruntukan berkaitan tebatan banjir.

Ahli Parlimen Arau dari PAS-Perikatan Nasional, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bangun dan membentak serta mempersoalkan bertalu-talu mengapa Anwar mengaitkan Wilayah Persekutuan dalam hal ini mendorong Anwar menepuk atau menghentak meja dengan kuat menggunakan tangannya.


Antara kata-kata Anwar yang membuatkan Shahidan bangkit dan membantah ialah… “Amalan seperti mana yang berlaku di Wilayah Persekutuan mesti dihentikan,”.

Shahidan bagaimanapun ditenangkan dan diminta duduk supaya Anwar dapat meneruskan ucapan penutupnya.

Kata Anwar, “Saya tak mahu … Tebatan banjir ada peraturan. Belanja beli pam tak kan salah. Tak betul… Wilayah Persekutuan.

“Saya nak hentikan. Jimat .. tender terhad. Cepatkan jangka masa. Maksud, elak kebocoran, ketirisan. Arau bangun. Saya teringat WP. Hentikan. Semua amalan rundingan terus akan dikaji semula dan akan dihentikan.”


Kata Anwar di akhir ucapannya, “mohon pertimbangan ahli Yang Berhormat pertimbangkan dan luluskan supaya boleh teruskan dalam ucapan belanjawan tahun depan.”

Sementara itu, Yang DiPertua Dewan Rakyat, Johari Abdul yang dilantik ke jawatan sebagai Speaker dewan semalam, pagi ini menjadi ‘bahan’ Ahli Parlimen apabila istilah diucapkan iaitu banyak suara diperbetulkan.

Ini kerana istilah itu tidak tepat sebaliknya istilah yang harus digunakan oleh Yang DiPertua ialah sebulat suara.

Sidang Dewan Rakyat hari ini selesai dan akan bersambung pada satu tarikh kelak. – SM





Join our Telegram Channel
Telegram