PAS tukar fatwa, dulu haram ucap Hari Krismas, kini sudah boleh



PAS mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Agama Kristian di seluruh Malaysia.

Semoga sambutan pada tahun ini akan terus memupuk suasana keharmonian, persefahaman dan rasa hormat menghormati antara kaum dan fahaman sebagaimana ajaran semua agama serta ianya dapat terus dijagai dan diamalkan oleh penganutnya demi mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan bersatupadu di negara kita ini.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 25 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 25/12/2022


Pas dalam hantaran pada tahun 2013 menyatakan pendirian haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal.

Kenyataan ketika Pas masih parti pembangkang itu menyatakan mungkin ada penganut yang mengucapkan Hari Krismas kerana belum mengetahui hukumnya.

Pendirian itu dinyatakan menerusi petikan dialog dua watak antara penganut Muslim dan Kristian diberi nama David seperti berikut:

“Christian: Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim: Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

Christian: Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yang lain, mengucapkannya kepada aku?


Muslim: Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dalam bahasa Melayu pun tak mengapa?

Christian: Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.

Muslim: Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah…

Christian: Sekarang, saya mengerti.

Jadi, haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas.”







Join our Telegram Channel
Telegram