Penceramah popular Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan dia digam oleh Radio Television Malaysia (RTM).
Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, dia mengesahkan perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
"Betullah tu," katanya ringkas.
Sebelum ini beredar tangkapan layar sebuah kumpulan Whatsapp yang menyebut Ridhuan sebagai memaklumkan perkembangan itu.
"Baru dapat notis dari RTM, saya tak dibenarkan keluar TV1. Arahan menteri," katanya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil enggan mengulas isu itu.
Sementara itu, Kosmo! melaporkan Ridhuan sebagai kesal apabila disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam.
Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana penampilannya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel