PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dinasihatkan
agar tidak gopoh mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dana perjudian,
kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menter yang memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan hari ini
menjelaskan bahawa berlaku pelanggaran dalam isu berkenaan.
“Saya nak nasihat (Datuk Seri) Takiyuddin jangan gopoh.
“Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya
dalam sidang media di Kementerian Kewangan.
Anwar berkata demikan mengulas kenyataan Takiyuddin yang kesal dengan tuduhan
berunsur fitnah yang dikeluarkan Anwar yang membayangkan kononnya dana pilihan
raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.
Dalam pada itu, Anwar berkata kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan
Sri Muhyiddin Yassin bahawa wang itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) serta bank adalah sesuatu yang sudah terlambat.
“Saya nak beri peringatan kepada Muhyiddin jangan cabar kerana memang ternyata
ada beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dan beberapa syarikat
berkepentingan atau terkait dengan keluarga juga terlibat.
“Bukan maksud saya, tapi saya nak tumpu perhatian untuk mengurus negara ini
memacu pertumbuhan ekonomi dan memberikan kebajikan kepada rakyat.
“Sebaik sabar dan kita terpaksa melihat dan kalau boleh hentikan seperti mana
RM7 bilion itu, dan mereka boleh war-warkah tidak bersih,” katanya lagi.
Semalam, Muhyiddin menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat berhubung
laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana RM600
bilion.
ARTIKEL BERKAITA:
- Anwar: Cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023, zaman PN 22 kali
- Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi
- Buktikan dana PRU dari judi atau kami saman – Pas
- Takiyuddin jangan gopoh nafi, dokumen ada bersama saya – Anwar
- PN tidak akan dedah identiti penyumbang dana
Join our Telegram Channel