PETALING JAYA: Lapan mangsa termasuk kanak-kanak disahkan meninggal dunia manakala tujuh cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan di Twitter, seramai 92 mangsa berjaya ditemui dalam operasi mencari menyelamat selepas kejadian awal pagi tadi.
Operasi itu masih lagi diteruskan untuk mengeluarkan semua mangsa.
Usaha itu turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang, Genting Highlands, Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.
Anggota Pasukan Khas Taktikal, Operasi dan Penyelamat (STORM) dan Unit K9 juga berada di lokasi.
Dalam kejadian awal pagi tadi, dilaporkan berpuluh orang dikhuatiri terperangkap dalam tanah runtuh berhampiran sebuah ladang, Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.
Bomba Selangor memaklumkan ketinggian runtuhan dianggarkan 30m dengan anggaran keluasan runtuhan tiga ekar.
Terdahulu, dalam kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi dan tiba di lokasi setengah jam kemudian.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tanah runtuh: 92 mangsa ditemui, 8 maut (10 gambar)
- Korban tanah runtuh meningkat 16 orang
- Tanah runtuh: Lebih 20 guru SJKC Mun Choong antara mangsa
- 2 lagi mayat ditemui saling berpelukan, jumlah 18 orang maut
- Angka korban tanah runtuh kini 21 orang, kata TPM
- Anwar umum bantuan RM10,000 kepada waris mangsa korban
- Tanah runtuh: 2 lagi mangsa ditemui, jumlah 23, 10 masih belum ditemui
- Kawasan bencana tanah runtuh terlalu bahaya, NGO tak dibenar masuk, media dikawal
Join our Telegram Channel