PETALING JAYA: Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN) menang kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah selepas memperoleh majoriti 16,260 undi berbanding pencabar terdekat Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH).
Kemenangan Azman menjadikan PN memperoleh 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.
Azman mendapat 51,637 undi manakala Sofee memperoleh 35,377 undi. Calon Barisan Nasional C Sivaraj turut mendapat 2,983 undi walaupun beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada PH.
Calon bebas Sreanandha Rao mendapat 846 undi, diikuti Hamzah Abd Rahman dari Pejuang (424) dan Bakhri Hashim dari Pejuang (149).
Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan peratusan keluar mengundi adalah 68.95%, sejumlah 753 undi rosak dan 133 kertas undi tidak dipulangkan.
Pilihan raya Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon PH M Karupaiya pada 16 Nov. Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Karupaiya memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2018 dengan majoriti lebih 8,000 undi. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Calon PH Padang Serai meninggal dunia, tukar jadi PRK?
- Calon PN meninggal dunia, PRN DUN Tioman ditangguh
- Calon PN meninggal dunia, PRN DUN Tioman ditangguh
- Calon PH Tioman sedia beri laluan pada BN jika diarahkan
- PH beri laluan kepada BN di Tioman
- PH, BN kongsi pentas di DUN Tioman
- PH sedia kerjasama dengan BN hadapi PRN Selangor, kata Amirudin
- BN setuju beri laluan pada PH di Padang Serai
- PN menang di Padang Serai
Join our Telegram Channel