PETALING JAYA- Satu ciapan pendek daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik
perhatian ramai apabila meminta rakyat untuk tidak memanggilnya dengan
sebarang gelaran seperti ‘papa’.
Ciapan itu memperlihatkan beliau tidak menyukai gelaran-gelaran tertentu
terutama selepas beberapa Perdana Menteri terdahulu mendapat pelbagai gelaran.
Hal tersebut berlaku selepas seorang pengguna Twitter meninggalkan komen di
Twitter Anwar dengan menulis “Selamat pagi papa”.
Ciapan pengguna tersebut telah manarik perhatian Ahli Parlimen Tambun itu yang
kemudian meminta individu tersebut untuk tidak berbuat begitu.
“Please don’t do that (Tolong jangan buat seperti itu),” kata beliau.
Terdahulu, dua bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin
dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan panggilan untuk merapatkan lagi
hubungan mereka dengan rakyat.
Muhyiddin menggelarkan dirinya Abah manakala Ismail Sabri sebagai Pak Long
Mail.
Melihat reaksi pengguna media sosial terhadap respon Anwar itu, ramai yang
nyata terhibur sambil berkongsikan komen-komen lucu.
“Jangan garang sangat PM-10, papa tu dah ok,” tulis Ayman_gaffur.
pls- dont do that
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 6, 2022
Join our Telegram Channel