PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Annuar Musa mendedahkan pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin menyertai NGO, Muafakat Nasional yang diketuainya.
Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengucapkan terima kasih kepada Zuraida yang bertandang ke pejabatnya.
“Terima kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya di Facebook.
Sabtu lalu, Annuar mengumumkan NGO itu membuka permohonan keahliannya seminggu lebih awal atas permintaan ramai.
NGO itu berperanan merapatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah serta mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Annuar dipecat Umno minggu lalu kerana mengkritik Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan didakwa membantu parti lawan dalam pilihan raya umum ke-15 lalu.
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, beliau melawat bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.
ARTIKEL BERKAITAN;
- Annuar tubuh NGO Muafakat Nasional, Shahidan tubuh NGO perpaduan ummah
- Lebih 10,000 mohon sertai Muafakat Nasional, kata Annuar
- Zuraida sertai Muafakat Nasional pimpinan Annuar
- Redzuan, Khairuddin sebaris dalam pimpinan Muafakat Nasional
- Lebih 10,000 mohon sertai Muafakat Nasional, kata Annuar
- ‘Tidak sesuai dengan prinsip’, Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional
- Peminat bimbang, Ummi Nazeera tarik diri dari Muafakat Nasional
- Zuraida, Redzuan dilantik timbalan presiden Muafakat Nasional
Join our Telegram Channel