Pasti ramai yang mengikuti kisah penderaan melibatkan seorang gadis kurang upaya, adik Bella yang mengalami kecederaan teruk hingga kesan parut jelas kelihatan di kebanyakan badannya.
Bermula dari menumpang kasih di rumah kebajikan, Rumah Bonda yang ditubuhkan pengasasnya, Siti Bainun Ahd Razali, perjalanan kisah gadis sindrom down ini dipenuhi kesedihan bahkan tragik kerana pernah Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh tertuduh.
Dari saksi yang dipanggil bagi kes ini, diberitakan tubuh kurus adik Bella pernah menggelupur disimbah air panas di mana OKT, Siti Bainun menggunakan cawan Ikea dan saat melihat anak kecil ini mengelupur, tertuduh dilihat berasa gembira.
Menjijikkan, Bella dipaksa makan najis sendiri dan saat Bella enggan, luka-luka di tubuhnya akan dicurah cuka kalau enggan melakukan perbuatan kotor itu.
Kisah penderaan adik Bella ini turut mendapat perhatian utama negara termasuk bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang turut menerima tempias kerana dilihat kurang prihatin tentang isu ini.
Kisah penderaan yang dialami adik Bella turut mendapat perhatian dari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Bahkan pasangan Di Raja ini berasa pelik hingga tertanya-tanya siapakah Siti Bainun sehingga dirinya diwakili 10 peguam kerana ia sesuatu yang luar biasa.
Tunku Ismail turut menjemput barisan pejuang Ngo yang banyak membantu adik Bella ke Istana dan memberikan komitmen akan menghantar peguam pemerhati untuk kes luar biasa ini.
Dan hari ini, hari pertama OKT dipanggil membela diri. Namun dilaporkan di mahkamah sebentar tadi, kesemua 10 orang peguam yang mewakili Siti Bainun dilaporkan telah menarik diri dari mewakilinya sekaligus mengakibatkan prosiding tergendala.
Hal ini dikongsikan oleh Ngo, Puan Mona Din di fbnya sebentar tadi selain ia turut dikongsikan oleh Aliff Ahmad yang bersama-sama berjuang mempertahankan adik Bella.
Dari sedikit perkongsiannya, difahamkan 10 peguam probono yang mewakili Siti Bainun menarik diri atas alasan tiada masa lapang dan ia pastinya sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini dapat dilihat mereka yang membela adik Bella dan barisan peguam “bertikam lidah” di media sosial masing-masing.
Walau ia dilihat “kemenangan pertama” buat adik Bella namun perbicaraan ini mungkin mengambil masa lebih panjang kerana tertuduh pasti ingin melantik peguam baru dan prosiding kes hari ini juga tergendala.
Apa pun kita semua teruskan berdoa agar kemenangan berpihak pada adik Bella, anak syurga ini. – Mingguan Wanita
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel