Petaling Jaya: Marah anaknya bermain telefon bimbit hingga lewat malam menyebabkan seorang bapa tergamak memukulnya dengan tali pinggang selain mengugut ingin membunuhnya dengan parang pemotong daging di kediaman mereka di Lembah Subang, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun tindakan lelaki panas baran terbabit mengundang padah apabila ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.18 tengah hari kelmarin daripada mangsa yang berusia 16 tahun.
Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek berusia 56 tahun itu mengugut anaknya dengan parang pemotong daging dan memukulnya dengan tali pinggang.
"Bertindak atas maklumat, pada jam 10.30 malam, sepasukan polis menahan suspek yang bekerja sebagai pembantu restoran dan merampas parang berukuran 33 sentimeter.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel