Cadangan untuk mengawal kestabilan harga daging babi, menjelang Tahun Baru Cina pada 22 Januari depan, akan dibawa untuk perbincangan mesyuarat kabinet esok.
Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) hari ini.
“MAFS dan KPDN akan memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil demi kesejahteraan rakyat,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.
MAFS diwakili oleh timbalan menterinya Chan Foong Hin.
Salahuddin berkata mesyuarat itu adalah yang pertama dihadirinya setelah hari pertama bekerja pada tahun baru 2023.
Sementara itu, Chan berkata dia telah mendengar berkaitan kegusaran pelbagai pihak berkenaan kestabilan bahan makanan menjelang Tahun Baru Cina, termasuk isu bekalan dan kos daging babi, dalam lawatan ke Sabah baru-baru ini.
“Kementerian-kementerian kami akan meneruskan kerjasama bagi memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil supaya kesejahteraan rakyat terus terjamin,” katanya. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel