KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 11 daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) daripada UMNO dikatakan menolak kerjasama dengan Parti Warisan
(WARISAN) dalam cubaan membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu.
Menurut sumber, 11 ADUN terbabit enggan memberikan sokongan kepada WARISAN,
sebaliknya kekal menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,
untuk terus mengetuai kerajaan negeri.
Difahamkan, sokongan pemimpin terbabit kepada Hajiji dizahirkan pada
pertemuan di kediaman Ketua Menteri itu malam tadi, iaitu selepas perjumpaan
semua pemimpin UMNO di Bangunan UMNO Sabah, di sini, petang semalam.
Senarai 11 ADUN terbabit terdiri daripada Datuk Yakub Khan (Karambunai) yang
juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah; Datuk Andi Muhamad Suryady
Bandy (Tanjung Batu); Datuk Mohd Hamsan Ag Supain (Sungai Sibuga); Datuk
James Ratib (Sugut); Datuk Harun Durabi (Bengkoka); Datuk Dr Yusof Yacob
(Sindumin) dan Datuk Raimie Unggi (ADUN Dilantik).
Selebihnya ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (Tanjung Keramat); Datuk Jasnih
Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Suhaimi
Nasir (ADUN Dilantik).
Keengganan mereka menyokong kerjasama dengan WARISAN, dikatakan antara punca
sidang media Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipercayai
berkaitan pembentukan kerajaan baharu yang dijadualkan jam 4.30 petang
semalam ditangguhkan.
Berdasarkan khabar angin semalam, sidang media itu dijangka turut disertai
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, selepas
beliau mengadakan perjumpaan dengan semua pemimpin UMNO negeri di Bangunan
UMNO Sabah.
Selain itu, pendirian tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah yang menyatakan
tidak memberi apa-apa akuan bersumpah (SD) kepada mana-mana pihak, turut
dipercayai menjejaskan rancangan kerjasama WARISAN dan UMNO Barisan Nasional
(BN).
Tujuh ADUN PH Sabah itu masing-masing empat dari DAP, diikuti dua Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu
(UPKO) iaitu ADUN Kadamaian yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Ketujuh-tujuh mereka sebelum ini turut menyatakan sokongan kepada Hajiji
untuk terus menerajui kerajaan negeri sehingga penggal Dewan Undangan Negeri
(DUN) sekarang berakhir.
Mereka turut hadir pada Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu 2023 bersama ADUN
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)
semalam dan sekali lagi menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Hajiji.
Kerjasama WARISAN dan UMNO BN memerlukan sokongan parti lain, khususnya PH
bagi mencukupkan jumlah kerusi dalam cubaan untuk menukar kerajaan negeri.
Ketika ini, WARISAN memiliki 19 kerusi, manakala UMNO BN 17 kerusi
menjadikan jumlah kedua-duanya 36 kerusi daripada 79 kerusi yang ada
sekarang termasuk enam kerusi ADUN Dilantik.
Jumlah itu tidak mencukupi tanpa sokongan parti lain, khususnya PH yang
mempunyai tujuh kerusi DUN.
Sementara itu, GRS ketika ini mempunyai 29 kerusi, masing-masing 15 kerusi
bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tujuh dari Parti
Bersatu Sabah (PBS), enam dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan satu
dari Parti Maju Sabah (SAPP).
Selain itu, GRS turut disokong seorang ADUN Bebas dan seorang ADUN Parti
Harapan Rakyat Sabah (PHRS).
Dengan sokongan tujuh ADUN PH, GRS memiliki kekuatan 38 kerusi atau 49
kerusi jika termasuk sokongan 11 ADUN UMNO.
Menurut sumber, Bung Moktar bersama Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Sabah,
Datuk Seri Salleh Said Keruak dikatakan merancang untuk menukar kerajaan
negeri dengan kerjasama WARISAN atas sebab tidak puas hati terhadap
kepemimpinan Hajiji dalam beberapa perkara.
Berikutan itu, kedua-dua mereka dikatakan membawa semua ADUN UMNO untuk
menyokong rancangan itu dan melakukan cubaan menukar kerajaan bersama Mohd
Shafie semalam, namun gagal apabila ada ADUN yang tidak bersetuju.
Ketika disapa media selepas keluar dari Bangunan UMNO Sabah petang semalam,
Bung Moktar bagaimanapun menjelaskan tiada apa-apa yang dibincangkan pada
perjumpaan itu, selain mengatakan ia hanya perjumpaan untuk membincangkan
masa depan parti. – Bharian
ARTIKEL BERKAITAN:
- Cubaan BN Sabah diketuai Bung Moktar, Salleh Keruak singkir Hajiji makan diri – Sumber
- Kabinet Sabah dirombak, Bung dijangka jadi ‘korban’ selepas cubaan rampas kuasa gagal
- Shafie cuba singkirkan Hajiji sebelum 10 Jan – Sumber
- Hajiji tumbang, BN tarik diri dari kerajaan Sabah
- Lima ADUN UMNO Sabah berdepan tindakan disiplin
- GRS dakwa ada majoriti, termasuk 6 daripada Umno tidak dinamakan
- KDM sahkan Hajiji tiada sokongan majoriti sebagai ketua menteri
- Hajiji tiba di Istana Seri Kinabalu
- Istana Sabah arah parti bertelagah serah SD
- 5 Adun UMNO u-turn selepas desak Bung letak jawatan
- Hajiji dakwa dapat sokongan 44 Adun Sabah, cukup untuk kekal kuasa
- ‘Game still on’, kata Bung berhubung kemelut politik Sabah
- 5 ADUN Umno rela dipecat, tetap sokong Hajiji
- Anwar mahu kerajaan Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji
- BN, Warisan sokong cadangan kerajaan perpaduan Anwar di Sabah
- Bung Moktar, Adun BN dipindah ke blok pembangkang
- Anwar cuba damaikan pergolakan Sabah, Hajiji nampak keberatan
- Bung Moktar digugur daripada jawatan TKM Sabah
- Zahid: Umno pusat tetap bersama Umno Sabah pimpinan Bung Moktar
- ‘Kalau kita dibuang dari UMNO pun kita terima’, 5 ADUN ulang pendirian sokong Hajiji
Join our Telegram Channel