KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, “permainan masih berjalan” walaupun Ketua Menteri Hajiji Noor hari ini mengumumkan yang beliau mendapat sokongan 44 ADUN untuk terus menerajui negeri itu.
Katanya, keputusan mengenai kemelut politik di Sabah dijangka akan diketahui malam esok apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Zahid Hamidi datang ke Kota Kinabalu.
“Sudah tentu dia (Hajiji) ada 44 (SD sokongan), itu semua orang saya, rasuah semua orang saya, tapi tidak apa, “bola masih bergolek dan kita menunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim datang esok.
“Mereka (Anwar dan Zahid) akan berjumpa dengan kita, Warisan serta GRS (Gabungan Rakyat Sabah), kemudian baru kita berkata mengenai perkara ini (kemelut politik Sabah),” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sejurus tiba daripada Kuala Lumpur, petang tadi.
Sementara itu, Bung mengulangi dakwaannya yang kerajaan Sabah pada hari ini telah jatuh selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan mereka.
“Kerajaan negeri tidak ada sebab kerajaan ini ditubuhkan sama-sama jadi apabila tarik diri kita bukan berhenti, kita tarik diri bermakna ketua menteri tidak ada lah…”game still on”,” katanya.
Bung juga percaya yang tiada upacara angkat sumpah bakal berlaku esok.
Ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan Zahid, baru-baru ini, beliau berkata pertemuan berkenaan membincangkan mengenai halatuju BN dan pergolakan politik Sabah.
“Keputusannya akan diketahui esok…perdana menteri akan tiba (di Kota Kinabalu) lebih kurang jam 8 malam dari Jakarta manakala presiden (Umno) akan tiba sekitar jam 7 malam,” katanya.
Bung sebelum ini mengumumkan Umno Sabah menarik balik sokongan mereka kepada Hajiji sebagai ketua menteri selepas mendakwa pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu telah melanggari perjanjian yang dibuat antara mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.
Petang tadi, Hajiji berkata, beliau memiliki sokongan 44 daripada 79 ADUN Sabah untuk kekal sebagai ketua menteri, menerusi akuan bersumpah yang diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin semalam.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Cubaan BN Sabah diketuai Bung Moktar, Salleh Keruak singkir Hajiji makan diri – Sumber
- Kabinet Sabah dirombak, Bung dijangka jadi ‘korban’ selepas cubaan rampas kuasa gagal
- Shafie cuba singkirkan Hajiji sebelum 10 Jan – Sumber
- Hajiji tumbang, BN tarik diri dari kerajaan Sabah
- Lima ADUN UMNO Sabah berdepan tindakan disiplin
- GRS dakwa ada majoriti, termasuk 6 daripada Umno tidak dinamakan
- KDM sahkan Hajiji tiada sokongan majoriti sebagai ketua menteri
- Hajiji tiba di Istana Seri Kinabalu
- Istana Sabah arah parti bertelagah serah SD
- 5 Adun UMNO u-turn selepas desak Bung letak jawatan
- Hajiji dakwa dapat sokongan 44 Adun Sabah, cukup untuk kekal kuasa
- ‘Game still on’, kata Bung berhubung kemelut politik Sabah
- 5 ADUN Umno rela dipecat, tetap sokong Hajiji
- Anwar mahu kerajaan Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji
- BN, Warisan sokong cadangan kerajaan perpaduan Anwar di Sabah
- Bung Moktar, Adun BN dipindah ke blok pembangkang
- Anwar cuba damaikan pergolakan Sabah, Hajiji nampak keberatan
- Bung Moktar digugur daripada jawatan TKM Sabah
- Zahid: Umno pusat tetap bersama Umno Sabah pimpinan Bung Moktar
- ‘Kalau kita dibuang dari UMNO pun kita terima’, 5 ADUN ulang pendirian sokong Hajiji
Join our Telegram Channel