KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, akan merombak Jemaah Menteri selepas cubaan menggulingkan pentadbiran GRS semalam gagal menjadi kenyataan.
Timbalannya, Bung Moktar Radin, yang dikaitkan dengan cubaan itu dijangka menjadi korban dalam rombakan itu.
Menurut sumber yang dekat dengan Hajiji, ada kemungkinan ketua Umno Sabah itu digugurkan, bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Jafry Ariffin.
Namun, tidak semua pemimpin BN Sabah akan digugurkan, tambahnya.
“Hal ini dibincangkan semalam. Bukan bercerai dengan BN Sabah. Hajiji hanya mahu pastikan kerajaan terus berfungsi,” kata sumber itu.
Sumber itu juga memberitahu bahawa, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu akan membawa masuk ADUN Pakatan Harapan Sabah ke dalam Jemaah Menteri.
Terdahulu, dilaporkan tujuh ADUN Umno Sabah termasuk timbalan Bung, Yakub Khan, bertemu Hajiji semalam.
“Selain tujuh orang itu, sekurang-kurangnya tiga ADUN Warisan pun ada bertemu Hajiji,” kata sumber itu, yang enggan berkongsi butiran perbincangan itu.
Adalah difahamkan bahawa Hajiji akan bertemu Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan, hari ini. STAR mempunyai enam wakil rakyat.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking berkata partinya membuat keputusan untuk tunggu dan lihat.
Himpunan para ADUN Umno Sabah di ibu pejabat parti itu di Kota Kinabalu semalam mencetuskan khabar angin tentang suatu kerjasama dengan Warisan untuk menyingkir Hajiji.
Presiden Warisan, Shafie Apdal, membatalkan sidang media pada 4.30 petang selepas dua jam tertangguh.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Cubaan BN Sabah diketuai Bung Moktar, Salleh Keruak singkir Hajiji makan diri – Sumber
- Kabinet Sabah dirombak, Bung dijangka jadi ‘korban’ selepas cubaan rampas kuasa gagal
- Shafie cuba singkirkan Hajiji sebelum 10 Jan – Sumber
- Hajiji tumbang, BN tarik diri dari kerajaan Sabah
- Lima ADUN UMNO Sabah berdepan tindakan disiplin
- GRS dakwa ada majoriti, termasuk 6 daripada Umno tidak dinamakan
- KDM sahkan Hajiji tiada sokongan majoriti sebagai ketua menteri
- Hajiji tiba di Istana Seri Kinabalu
- Istana Sabah arah parti bertelagah serah SD
- 5 Adun UMNO u-turn selepas desak Bung letak jawatan
- Hajiji dakwa dapat sokongan 44 Adun Sabah, cukup untuk kekal kuasa
- ‘Game still on’, kata Bung berhubung kemelut politik Sabah
- 5 ADUN Umno rela dipecat, tetap sokong Hajiji
- Anwar mahu kerajaan Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji
- BN, Warisan sokong cadangan kerajaan perpaduan Anwar di Sabah
- Bung Moktar, Adun BN dipindah ke blok pembangkang
- Anwar cuba damaikan pergolakan Sabah, Hajiji nampak keberatan
- Bung Moktar digugur daripada jawatan TKM Sabah
- Zahid: Umno pusat tetap bersama Umno Sabah pimpinan Bung Moktar
- ‘Kalau kita dibuang dari UMNO pun kita terima’, 5 ADUN ulang pendirian sokong Hajiji
Join our Telegram Channel