Puteri Sarah dikecam selepas tular gambar bergesel-gesel dengan MK K-Clique



Semalam, berlangsungnya konsert penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan yang turut dihadiri peminat serta selebriti tanah air.

Turut tidak ketinggalan, pelakon Puteri Sarah juga turut menghadiri konsert berkenaan bersama ibu serta pembantu peribadinya.

Apa yang menjadi perhatian, Puteri Sarah dilhat memuat naik gambarnya bersama penyanyi, MK K-Clique.

Diruangan komen, ada yang berseloroh mengatakan mereka ‘approve’ melihat Puteri Sarah dan MK.


Tidak kurang juga, ada yang menegur supaya Puteri Sarah menjaga batas apatah lagi statusnya yang masih lagi isteri orang.

Malah, ada yang mengecam pelakon itu kerana mengambil gambar dengan lelaki lain.

Ada juga netizen mendakwa disebabkan itu suaminya mencari wanita lain.

Turut menjadi perhatian komen seorang netizen dipercayai akaun palsu melabel Puteri Sarah seorang penyondol.


Tidak hanya berdiam diri, Puteri Sarah dilihat membalas komen fitnah tersebut mengatakan ibunya, pembantu peribadi dan pengurusnya turut ada bersamanya.

“Kalau nak menyondol, dia tak tunjuk depan orang ramai kat konsert. Untuk pengetahuan, ibu saya ada di sebelah, pembantu peribadi saya, pengurus semua juga berada di sebelah. Sila cuba lagi,” jawabnya.

Susulan kritikan dilemparkan, ada netizen mempertahankan aktres itu dengan mengatakan ramai artis wanita di luar sana masih berstatus isteri kongsi gambar bersama lelaki namun tidak pula ditegur. – Rotikaya





Join our Telegram Channel
Telegram