Selain 4 pemimpin UMNO, ratusan ahli dipecat, digantung keahlian – Bung



Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini, membuat keputusan memecat dan menggantung sekurang-kurangnya empat pemimpin serta ratusan ahlinya.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sambil menjelaskan keputusan itu dipersetujui majoriti ahli MKT.

"Adalah empat, lima pemimpin dan ahli ratusan (digantung dan dipecat). Semua ahli MKT setuju, biarlah presiden umumkan," katanya ketika beredar meninggalkan Menara Dato' Onn di sini, hari ini.


Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula dilihat bergegas meninggalkan ibu pejabat UMNO itu tanpa mahu melayan sebarang pertanyaan media.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa keluar dari bangunan itu pada 10.45 malam dan terus menaiki kenderaannya. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram