Umno: Bila Muhyiddin mahu jumpa SPRM?



Sejak berminggu lepas netizen bertanya di mana Tan Sri Muhyiddin dan adakah dia masih berada di London sejak akhir tahun lepas, tapi dia tidak jawab.

Semalam saya tanya di Facebook adakah dia sudah pulang ke Malaysia, dan lewat malam semalam baru dia jawab di Facebook bahawa dia sudah ada di KL jumpa delegasi Singapura.

Saya ingin tanya Tan Sri Muhyiddin, alang-alang sudah balik ke Malaysia setelah berminggu-minggu di London, bila mahu berjumpa SPRM pula?


SPRM tentunya ingin berjumpa Tan Sri untuk ambil keterangan berkenaan kes RM92.5 billion dana kerajaan semasa darurat, kes PN rasuah pengundi, kes projek rundingan terus RM1.16 billion kepada syarikat menantu, dan juga bantu jawab kes rundingan terus projek tebatan banjir RM15 billion oleh kementerian air.

Rakyat mahu tahu hal-hal ini.

Jika dahulu selepas PRU-14, Dato’ Sri Najib tidak dibenar ke luar negeri, passportnya dirampas, rumahnya digeledah dan rumah arwah bondanya dipecah oleh kerana kes RM2.6 billion, kali ini kes RM92.5 billion berkaitan Tan Sri ini adalah berpuluh kali ganda lebih besar dari itu dan adalah skandal rasuah dan salah guna kuasa yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Oleh itu takkan Tan Sri tidak mahu jawab hal ini dan bersenang lenang bercuti ke luar negeri dan berjumpa delegasi-delegasi asing sahaja?


Banyak laporan polis dan SPRM telah dibuat.

Pihak berkuasa sedang menyiasat, dan saya percaya mereka sedang tunggu Tan Sri untuk beri keterangan.

Rakyat pun sedang tunggu.

Sila jawab hal ini kepada rakyat.

Jangan lari ke luar negeri lagi.

Sesiapa pun tidak boleh terlepas dari pengadilan.

Terima kasih. Salam.

– Isham Jalil



Join our Telegram Channel
Telegram