UMNO tentukan nasib KJ pada Jumaat



KUALA LUMPUR: Nasib bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti itu hanya akan diketuahui selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat pada Jumaat.

Sebarang keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO itu adalah berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO yang diadakan pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan perkara berkenaan kepada media selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi pada Rabu.


Susulan pengesahan Mohamad itu, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) mula menjadi tumpuan media sejak jam 4 petang.

Namun tiada sebarang pengesahan dan maklumat lanjut mengenai mesyuarat yang sedang berlangsung.

Selain Khairy, dipercayai Tan Sri Noh Omar juga akan dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari depan.


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Khairy mendakwa wujud cubaan membawa masuk 'perwakilan import' bagi mengundi usul berkenaan. – Awani


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram