PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pemberian wang dikatakan menyogok pengundi menjelang PRU15.
Presiden Umno itu berkata, ulama perlu mempunyai integriti dan tidak menukar-nukar fatwa mengikut “selera” sendiri.
“Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah,” katanya.
“Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.”
Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diiringi isterinya Dr Wan Azizah Ismail.
Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15.
“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi, orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa atau apa yang dimaksudkan sebagai “orang awam”.
Susulan itu, Ketua Penerangan Umno Isham Jalil, berkata erti “suapan” dan “menyogok” telah dijelaskan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Kesalahan Pilihan raya.
“Hadi, janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi,” katanya dalam kenyataan semalam. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Sumpah undi PAS dulu baru dapat duit
- ‘Hang bodoh!’, Sanusi maki pengundi Melayu balik mengundi minta duit minyak
- Menteri KKOM gesa Sanusi disiasat isu pengundi tuntut 'duit minyak'
- Agih wang tunai kepada pengundi PRU15 adalah sedekah – Hadi
- Zahid: Kalau Hadi buat dipanggil sedekah, orang lain buat jadi rasuah
- Beri wang pada pengundi: Niat lebih penting, kata Hamzah
- Budaya ‘sedekah’ sudah jadi darah daging Pas – Razman
- ‘Sedekah’ atau ‘sumbangan’, rasuah tetap rasuah, kata Azam
- Pas lipat gandakan ‘sedekah’ pada 6 PRN, sindir Puad
- SPRM siasat kenyataan Hadi agih wang tunai #PRU15 sedekah
- 'Sedekah' PRU: SPRM kenal pasti 90 individu, rakam keterangan
- PAS sedekah tak kira musim – Hadi
- Dua ketua cawangan PAS dipanggil SPRM – Sumber
Join our Telegram Channel