Ikon poligami tawar diri tanding MKT UMNO



KUANTAN - Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim menawarkan diri untuk untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Beliau turut mengesahkan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana menginsafi kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.


"UMNO sebagai parti tunjang perlu membawa satu pendekatan baharu dan segar dalam memastikan UMNO kembali pulih dan mendapat sokongan kembali rakyat terutama orang Melayu.

"Jumlah pengundi muda yang kian bertambah dan minat serta kecenderungan berlandaskan zaman serba berteknologi memerlukan parti bergerak seiring dengan arus perubahan zaman dengan pendekatan cara baharu serta kreatif," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau mahu sokongan daripada semua ahli melaksanakan agenda-agenda dalam usaha memberi nafas baharu kepada UMNO.


"Pendekatan dan idea saya berteras teknologi serta suara mewakili anak muda dapat saya perjuangkan di dalam MKT UMNO pada kali ini," ujarnya ringkas. – Sinar



Join our Telegram Channel
Telegram