PETALING JAYA: Pintu MUDA terbuka kepada bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dan bekas naib ketua Pemuda, Shahril Hamdan yang digantung keahlian.
Setiausaha Agung Amir Hadi berkata kekuatan, pengalaman, dan “rekod agak baik” Khairy dan Shahril menjadikan mereka “aset” untuk mana-mana parti.
“Kedua-dua mereka adalah ‘aset negara’ dan sudah tentu keberadaan mereka dalam MUDA akan memberi kesan positif pada parti dan agenda yang dibawa,” katanya kepada FMT.
“Bagi MUDA, siapa pun yang bersedia memperjuangkan prinsip parti, khususnya dalam mengangkat keadilan ekonomi, melawan perkauman, dan mengangkat martabat rakyat, dialu-alukan untuk bersama.”
Amir senada dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, dengan berkata Khairy dan Shahril berkemampuan menarik sokongan orang muda.
Ismail sebelum ini menyifatkan pemecatan Khairy dan penggantungan Shahril seperti menghapuskan “magnet” yang menarik sokongan orang muda.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi bagaimanapun meragui anggapan itu dan menggesa Khairy menubuhkan parti baharu seperti MUDA.
Sama ada menjadi ahli baharu atau menjadi pesaing, Amir berkata MUDA sedia berbincang dengan Khairy dan Shahril mengenai “jalan terbaik bagi semua”.
“MUDA sentiasa terbuka untuk berbincang bersama,” katanya. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Khairy, Noh dipecat; Hishammuddin, Shahril digantung – Sumber
- Kemasukan KJ ke PKR perlu dibincang – Rafizi
- ‘Saya takkan tunduk, patah semangat’, respon KJ selepas dipecat Umno
- PKR mungkin 'tutup pintu' buat KJ
- Tak akan rayu pemecatan – KJ
- Mungkin tanding PRN, tubuh parti baharu – KJ
- KJ ditawar tanding PRN Selangor, jadi MB jika menang
- KJ, Shahril ‘aset negara’, pintu terbuka untuk sertai MUDA
- PAS, Bersatu Selangor tak pernah bincang tawar KJ jadi MB
- KJ kini DJ Hot FM
- Bersatu tawar KJ jawatan MB N Sembilan
- KJ rebut jawatan Naib Presiden ‘persatuan basikal’
Join our Telegram Channel