Kontrak kepada menantu adalah fitnah – Muhyiddin



Kuala Lumpur: "Tuduhan saya menyeleweng wang, satu sen wallahi pun tidak ada," tegas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ucapan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Ahli Parlimen Perikatan Nasional berkata, wang yang didakwa diseleweng berjumlah RM600 bilion adalah pakej rangsangan ekonomi yang diketahui Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan sebelum ini.

"Kalau apa-apa hal biar berasas, jangan salah guna kuasa," katanya ketika menjawab soalan mencelah Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mahu Muhyiddin menjelaskan mengenai kontrak yang diberikan kepada menantu ketika zaman pemerintahannya.


Muhyiddin berkata, itu adalah fitnah dan pembohongan dilakukan kerajaan sekarang.

"Tuduhan saya selewengkan RM600 bilion, ini siapa sebut? Perdana Menteri kata, lepas itu tukar RM530 bilion, lepas itu RM90 bilion, lepas itu RM4.5 bilion dan kemudian RM300 milion (juta).

"Kalau dari segi undang-undang, ini 'defamation'. Saya belum nak ambil tindakan undang-undang, kesian kepada Perdana Menteri baru, bagi dia chance (peluang) dulu.

Menyifatkan dia yang sudah lama berkhidmat dalam kerajaan hampir 50 tahun, Muhyiddin berkata, tuduhan itu adalah tidak adil.


"It is not fair and you think you can last forever? Saya pernah jadi Perdana Menteri dan Yang Berhormat Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun ada di sini, tapi diberi tempoh masa yang singkat.

"Allah kata Dia boleh naikkan kita, tetapi Dia juga boleh turunkan kita, saya faham.

"Tapi jangan fikir Yang Berhormat Tambun akan kekal abadi untuk selama-lamanya," katanya. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram