Sejak semalam, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang
bekas pemain badminton negara telah membuat satu kenyataan berbentuk
penghinaan ke atas agama Islam.
Orang Melayu urus teruk, asyik solat 5 waktu
Dalam video yang dikongsi semula oleh pengguna media sosial dan menterjemahkan
dalam bahasa Melayu, pemain terbabit mengatakan punca pengurusan Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) kurang baik adalah kerana diuruskan orang
Melayu.
Ujarnya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih
lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan tiap kali waktu solat.
Full video with translate pic.twitter.com/FiLdIOGZy3
— Ah Boy Badminton (@AhboyBadminton) February 10, 2023
Minta pengurusan ditukar kepada orang Cina
Akaun Twitter dikenali sebagai AhBoyBadminton itu turut menyertakan sekali
video penuh pemain tersebut yang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin.
Ujarnya lagi, dia mengharapkan agar BAM menggantikan tampuk pengurusan kepada
kaum Cina kerana individu Melayu di dalam pengurusan tersebut hanya tahu makan
dan malas untuk bekerja lebih-lebih lagi jika tiba waktu solat.
Isu serius ni hina agama
Kritikan yang dibuat terhadap BAM itu nyata tidak disetujui banyak pihak
kerana menyentuh perihal agama dan bangsa tanpa ada kena mengena dengan
prestasi pemain-pemain negara yang dikatakan merundum jika pengurusan dipegang
oleh orang Melayu.
Susulan daripada itu, banyak pihak menggesa agar Menteri Belia dan Sukan, YB
Hannah Yeoh dan timbalannya, YB Adam Adli untuk mengambil tindakan terhadap
sikap rasis bekas pemain badminton tersebut.
Sendiri tak perform salahkan orang lain pula
Harap menteri ambil tindakan serta-merta
ARTIKEL BERKAITAN:
- Melayu hanya tahu makan, malas kerja lebih bila tiba waktu solat, dakwa bekas pemain badminton negara
- Menteri kecam bekas pemain badminton negara hina Islam-Melayu
Join our Telegram Channel