Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilapor menghabiskan masa dari pagi hingga tengah hari semalam untuk memberi keterangan kepada penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Justeru menurut laporan Utusan Online siasatan mengenai isu itu dikatakan sudah di peringkat akhir untuk dilengkapkan sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara bagi menanti arahan selanjutnya.
Memetik sumber yang tidak dinamakan harian itu memberitahu sebelum ini beberapa pemimpin tertinggi Bersatu turut diambil keterangan mereka.
Apabila disiapkan nanti kata sumber itu SPRM akan menentukan sama ada wajar pertuduhan dibuat ke atas mana-mana individu atau sebaliknya.
Pada 1 Feb lalu Malaysiakini melaporkan akaun Bersatu - yang menjadi tunjang kepada PN - dibekukan oleh SPRM bagi membolehkan siasatan berkenaan dana parti itu dibuat.
Ia berlaku sehari selepas bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad, mendedahkan penyata akaun parti itu - yang telah diaudit - bagi 2020 dan 2021.
Melalui kenyataan yang disiarkan di laman web Bersatu, Marzuki turut menyeru agar PKR dan DAP untuk melakukan perkara sama.
Mengesahkan perkara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM memberitahu keputusan untuk membekukan akaun berkenaan dibuat pada pertengahan Jan.
Siasatan SPRM dibuat ke atas Bersatu berhubung dana Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 yang diuruskan kerajaan PN pada 2020 dan 2021.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Menantu Perdana Menteri didakwa terima projek bernilai RM1.16 bilion
- CEO disyaki dalang agih projek runding terus kerajaan PN RM92.5 bilion direman
- Isu Menara KL: 2 pengarah syarikat direman 4 hari
- Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman jadi dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5 bilion
- SPRM siasat kontrak lumayan menantu bekas Perdana Menteri
- SPRM siasat bekas Perdana Menteri dan menantu
- Muhyiddin: Tuduhan beri kontrak pada menantu fitnah jahat
- SPRM akan panggil Muhyiddin berkait dana meragukan RM300 juta dari kontraktor
- Kontrak kepada menantu adalah fitnah – Muhyiddin
- Muhyiddin dilapor sudah berjumpa SPRM
- 'Saya tak kenal, tak pernah jumpa, nama syarikat pun saya tak tahu' – Muhyiddin
Join our Telegram Channel