Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dilaporkan meminta kedua-dua gabungan politik Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi memperuntukkan sejumlah kerusi kepada parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Berita Harian Online memetik seorang anggota exco kerajaan negeri Kedah yang tidak dinamakan sebagai berkata, Mukhriz menyatakan hasrat untuk Pejuang menjalin kerjasama dengan PN pada pilihan raya negeri nanti.
Sumber itu, berkata, antara lain, bekas menteri besar Kedah berkenaan meminta sekurangnya dua kerusi DUN Kedah pada pertemuannya dengan lima kepimpinan tertinggi PAS baru-baru ini.
"Dalam pertemuan itu, pimpinan PAS tidak memberi sebarang kata putus kerana perbincangan masih di peringkat permulaan.
"Namun, tindakan Mukhriz yang turut mengadakan pertemuan dan menyatakan minat bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), memperlihatkan beliau cuba bermain dua kolam untuk pertahankan kerusinya," katanya.
Menurutnya, harapan kerjasama itu bertujuan supaya menjadi talian hayat untuk Mukhriz mempertahankan kerusi DUN Jitra.
Selain kerusi Jitra, akhbar itu turut melaporkan Mukhriz memohon kerusi DUN Anak Bukit yang disandang wakil Pejuang, Amiruddin Hamzah, sekiranya kerjasama itu menjadi kenyataan.
"Namun, tindakan Mukhriz yang turut mengadakan pertemuan dan menyatakan minat bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), memperlihatkan dia cuba bermain dua kolam untuk pertahankan kerusinya," kata sumber itu lagi.
Adalah dipercayai sumber itu merujuk kepada laporan BH hari ini yang memetik Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar sebagai mengesahkan pertemuannya dengan Mukhriz baru-baru ini.
"Ya, saya pernah jumpa dengan Mukhriz di Kuala Lumpur kira-kira dua bulan lalu. Beliau menyatakan hasrat mengenai potensi kerjasama antara Pejuang dan PH Kedah.
"Saya beritahu beliau perkara ini hanya boleh diputuskan oleh Majlis Presiden PH, jadi saya nasihatkan beliau bincang melalui saluran yang betul dan berjumpa dengan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim," kata Mahfuz.
Pada 14 Januari lalu, Mukhriz membawa Pejuang untuk berundur daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dengan alasan bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti itu sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.
Dia berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan para perwakilan dalam Perhimpunan Agung Pejuang, berikutan kekalahan teruk parti itu
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel