Baru-baru ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyerbu dan bertindak menutup empat premis pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Seramai 36 wanita warga asing dipercayai pekerja seks telah ditahan di 4 lokasi tersebut termasuklah pemeriksaan terhadap 11 lelaki tempatan dan warga asing dipercayai pelanggan mereka.
Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan Namawee sehinggakan dia meminta agar aktiviti pelacuran di negara kita ini ‘dihalalkan’.
Menerusi Facebook, pengarah filem dan artis hip hop yang sering menimbulkan kontroversi itu menggesa pusat pelacuran dibenarkan beroperasi.
“Polis Malaysia hanya berani menangkap wanita miskin ini, Jika anda berani, pergi tangkap perompak, pembunuh dan penipu, dan kemudian ambil gambar seperti ini dan siarkan untuk menunjukkan betapa baiknya anda.”
Aktiviti pelacuran boleh kurangkan serangan seksual
Katanya lagi, aktiviti pelacuran ada banyak manfaat termasuklah boleh mengurangkan kadar jenayah serangan seksual dan mengurangkan kadar kes perempuan simpanan yang memusnahkan keluarga.
“Lebih-lebih lagi, kerajaan boleh mengawal pemilik ini dengan berkesan, menetapkan penggunaan kondom, mengawal penyakit kelamin secara berkesan dan mengadakan pemeriksaan fizikal secara berkala untuk pelacur.”
Win win situation
Dia juga mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai terhadap premis yang menjalankan aktiviti pelacuran ini dan menggunakan wang tersebut untuk mempromosikan Malaysia kepada pelancong.
Ia sama seperti ‘menghalalkan ganja’ dan ‘menghalalkan perjudian’. Jika anda mengharamkannya, ia masih ada, maka lebih baik untuk menghadapinya, menyelesaikan masalah dan menukar kekalahan berganda kepada situasi menang-menang.” – beautifulnara
Join our Telegram Channel