Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita dalam kejadian di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi itu, anggota polis wanita berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih sebelum seorang lelaki yang berada di belakang meraba punggungnya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota polis terbabit yang bertugas d Balai Polis Hulu Kelang itu kemudian bertanyakan lelaki itu kenapa dia berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu bahawa dia datang bersama isterinya dan sedang bersarapan di situ.
"Berikutan itu, polis yang menerima aduan kira-kira jam 12.45 tengah hari ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.
"Suspek adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – Hmetro
ARTIKEL BERKAITAN:
- Wanita 23 tahun dakwa diraba, dicium polis
- Diraba, disuruh tonton video lucah, Puteri Balqis dedah perangai jijik bapa siap onani depan-depan
- Lelaki raba sepupu isteri umur 17 tahun
- Pelajar raba bahagian sulit kanak-kanak didakwa
- Tok Siak cabul, tunjuk kemaluan pada kanak-kanak perempuan ditahan
- Padah raba wanita di medan selera rupanya anggota polis
Join our Telegram Channel