PUTRAJAYA - Seorang pegawai kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan itu dibuat susulan dakwaan dikeluarkan individu terbabit kononnya SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful bagi menukarkan kenyataan untuk menganiayai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Beliau ditahan selepas diminta hadir ke ibu pejabat SPRM jam 3.30 petang Rabu untuk memberi keterangan," katanya menerusi sidang akhbar Op Tropicana di sini pada Khamis.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.
"Walaupun permohonan maaf telah dibuat, saya secara peribadi tidak akan ampunkan orang sebegini yang telah merosakkan repustasi SPRM dengan tuduhan liar," katanya.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh indivud berkenaan yang telah menimbulkan spekulasi yang tidak baik terhadap SPRM.
"Perkara ini tidak boleh dipadamkan. Mana-mana dan rata-rata (orang) pun masih lagi mempercayai bahawa wujud perkara ini.
"Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan," katanya.
Sementara itu, ditanya perkembangan terhadap kes melibatkan Muhyiddin, Azam berkata, pihaknya masih dalam proses menyiapkan siasatan.
Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) apabila siap kelak, dalam masa sama enggan mengulas sama ada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu merupakan antara suspek dalam skandal projek Jana Wibawa.
Ujarnya, SPRM sedang menyiapkan tiga atau empat kertas siasatan lagi bagi kes tersebut.
Menyentuh mengenai dakwaan SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan terpilih, Azam menegaskan, pihaknya menjalankan tugas dengan professional tanpa menjadi alat mana-mana parti politik.
"Siasatan yang dibuat berdasarkan aduan dan maklumat diterima, sekiranya ia mengandungi unsur kesalahan di bawah akta SPRM, siasatan akan dijalankan," katanya. – Sinar
ARTIKEL BERKAITAN:
- Wan Saiful ditahan, dijangka didakwa hari ini berhubung Jana Wibawa
- Wan Saiful didakwa terima rasuah RM7 juta
- Sepupu menantu Muhyiddin, pemimpin Bersatu Segambut, diheret ke mahkamah tuduhan rasuah
- [Video] SPRM nafi tawar RM10 juta kepada Wan Saiful untuk jadi saksi Muhyiddin rasuah
- Wan Saiful letak jawatan
- Sepupu menantu Muhyiddin hadapi dua lagi pertuduhan
- Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan, kata Azam
- Pegawai Wan Saiful ditahan SPRM
- Peranan ahli perniagaan Cina dari Pagoh dalam Jana Wibawa cetus persoalan
- Sepupu Menantu Muhyiddin didakwa kali ketiga
- Pegawai Wan Saiful didakwa dimahkamah fitnah SPRM tawar RM10 juta
Join our Telegram Channel