PETALING JAYA: Pendakwaan terhadap seorang ahli perniagaan Cina berkaitan program Jana Wibawa mencetuskan persoalan mengenai pelaksanaan inisiatif untuk syarikat Bumiputera itu.
Semalam, Teo Wee Cheng, 65, seorang pengarah di SSH Furniture Sdn Bhd yang berpangkalan di Pagoh, Johor didakwa atas tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.8 juta, untuk membantu dua syarikat mendapatkan kontrak bawah program Jana Wibawa.
Dua syarikat itu adalah Muar Usaha Bakti Sdn Bhd dan TS Dynamic Construction Sdn Bhd.
Beberapa pengguna media sosial tertanya kenapa syarikat-syarikat Bumiputera yang akhirnya meraih manfaat daripada program Jana Wibawa perlukan pertolongan Teo untuk mendapatkan kontrak.
Ada juga tertanya kenapa pihak ketiga diperlukan untuk membantu syarikat Bumiputera mendapatkan kontrak.
Turut jadi persoalan apakah peranan Teo dalam kerajaan ketika itu dan program Jana Wibawa, yang diperkenalkan pada November 2020 ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.
“Apa jawatan dia dalam kerajaan Perikatan Nasional? Sampai boleh tentukan projek bernilai RM ratusan juta daripada program Jana Wibawa,” tanya seorang pengguna Facebook, Desa HM.
Sama ada kebetulan syarikat Teo berpangkalan di Pagoh turut menjadi tanda tanya.
Jawa Wibawa, yang merupakan inisiatif perangsang Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera, menjadi perhatian susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
https://www.cinca.news/2023/02/peranan-ahli-perniagaan-cina-dari-pagoh.html
Selain Teo, bekas ketua penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhamad, dituduh meminta dan menerima rasuah berkaitan program Jana Wibawa.
Mereka bergaku tidak bersalah.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata beberapa lagi kertas siasatan berhubung Jana Wibawa akan dibuka, dan kemungkinan tiga atau empat lagi individu akan ditahan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Wan Saiful ditahan, dijangka didakwa hari ini berhubung Jana Wibawa
- Wan Saiful didakwa terima rasuah RM7 juta
- Sepupu menantu Muhyiddin, pemimpin Bersatu Segambut, diheret ke mahkamah tuduhan rasuah
- [Video] SPRM nafi tawar RM10 juta kepada Wan Saiful untuk jadi saksi Muhyiddin rasuah
- Wan Saiful letak jawatan
- Sepupu menantu Muhyiddin hadapi dua lagi pertuduhan
- Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan, kata Azam
- Pegawai Wan Saiful ditahan SPRM
- Peranan ahli perniagaan Cina dari Pagoh dalam Jana Wibawa cetus persoalan
- Sepupu Menantu Muhyiddin didakwa kali ketiga
Join our Telegram Channel