Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai projek Jana Wibawa.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, SPRM memaklumkan beliau dipanggil bagi memberikan keterangan, dan bukan sebagai suspek yang dikaitkan untuk sebarang tindakan pendakwaan.
"Jana Wibawa adalah projek yang diusahakan pihak Kementerian Kewangan (MOF) yang dicadangkan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Tengku Zafrul, untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa Covid-19, yang kalau tidak dibantu sebahagian besar akan gulung tikar.
"Cadangan itu dibawa ke Kabinet dan luluskan. Kita laksanakan dengan meminta Persatuan Pemborong Bumiputera untuk mengemukakan nama-nama kontraktor berwibawa yang diluluskan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Blood Donation Drive Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf di sini, hari ini.
Katanya, peraturan itu ditetapkan oleh Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa penentu untuk memilih, atau kementerian yang terbabit dengan projek-projek tadi untuk memberi pertimbangan, menilai sama ada yang mohon itu layak atau tidak
Sehubungan itu Muhyiddin menegaskan bahawa beliau tidak terbabit dalam proses mempertimbangkan atau meluluskan projek berkenaan kerana ia tertakluk di bawah MOF.
"Jadi apa terlibat dengan saya? Tiada, cuma menyalurkan saja. Adakah saya memutuskan? Tidak sama sekali. Saya jelaskan juga, ada yang ditanya kenal ke tidak kontraktor? Saya tak kenal, tak pernah berjumpa pun dengan mereka, nama-nama syarikat pun saya tak tahu," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tata cara perolehannya dibuat mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Menantu Perdana Menteri didakwa terima projek bernilai RM1.16 bilion
- Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman jadi dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5 bilion
- SPRM siasat kontrak lumayan menantu bekas Perdana Menteri
- SPRM siasat bekas Perdana Menteri dan menantu
- Muhyiddin: Tuduhan beri kontrak pada menantu fitnah jahat
- SPRM akan panggil Muhyiddin berkait dana meragukan RM300 juta dari kontraktor
- Kontrak kepada menantu adalah fitnah – Muhyiddin
- Muhyiddin dilapor sudah berjumpa SPRM
- 'Saya tak kenal, tak pernah jumpa, nama syarikat pun saya tak tahu' – Muhyiddin
- 'Saya dipanggil SPRM bukan sebagai suspek' - Muhyiddin
- SPRM sahkan Muhyiddin sebagai suspek siasatan kes Projek Jana Wibawa
Join our Telegram Channel