KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah suspek bagi siasatan dalam Projek Jana Wibawa.
Sumber terdekat berkata, bekas Perdana Menteri adalah suspek siasatan ketika beliau dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Malah, sumber turut memaklumkan akan memanggil bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi membantu siasatan.
"Tengku Zafrul akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam waktu terdekat.
"Sama ada beliau (Tengku Zafrul) suspek atau saksi belum dapat dipastikan lagi," kata sumber kepada Astro AWANI.
Tambahnya, beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu siasatan berkenaan projek tersebut.
"Sabar, satu-satu kita akan panggil siapa yang boleh bantu siasatan," katanya ringkas.
Dalam perkembangan sama, Astro AWANI sedang mendapatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagi mengesahkan mengenai perkara ini.
Semalam, Muhyiddin memaklumkan SPRM memanggil beliau untuk memberi kenyataan, bukan sebagai suspek dalam projek Jana Wibawa.
Menurutnya, beliau memberikan kerjasama yang baik ketika memberi kenyataan dan SPRM juga menjalankan tugas mereka dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Menantu Perdana Menteri didakwa terima projek bernilai RM1.16 bilion
- Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman jadi dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5 bilion
- SPRM siasat kontrak lumayan menantu bekas Perdana Menteri
- SPRM siasat bekas Perdana Menteri dan menantu
- Muhyiddin: Tuduhan beri kontrak pada menantu fitnah jahat
- SPRM akan panggil Muhyiddin berkait dana meragukan RM300 juta dari kontraktor
- Kontrak kepada menantu adalah fitnah – Muhyiddin
- Muhyiddin dilapor sudah berjumpa SPRM
- 'Saya tak kenal, tak pernah jumpa, nama syarikat pun saya tak tahu' – Muhyiddin
- 'Saya dipanggil SPRM bukan sebagai suspek' - Muhyiddin
- SPRM sahkan Muhyiddin sebagai suspek siasatan kes Projek Jana Wibawa
- Wan Saiful ditahan, dijangka didakwa hari ini berhubung Jana Wibawa
Join our Telegram Channel