Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti jejak wang RM50 juta daripada RM300 juta dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang didakwa diterima Bersatu.
Sumber memberitahu Utusan, SPRM akan menyiasat sama ada RM50 juta itu digunakan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu atau kemungkinan masuk ‘ke poket sendiri’.
Sumber memberitahu siasatan SPRM mendapati ada pihak yang ‘membelanjakan’ jumlah tertentu dana itu dan siasatan akan meneliti ke mana serta tujuan wang itu digunakan.
Mengulas lanjut, kata sumber itu, kertas siasatan berkenaan hampir dilengkapkan selepas beberapa pemimpin Bersatu dipanggil SPRM sebelum ini bagi memperinci setiap wang yang dibelanjakan.
“Kertas siasatan hampir siap sebelum tindakan seterusnya diambil. Dua akaun bernilai RM40 juta milik Bersatu masih dibekukan SPRM,” jelasnya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan sumber SPRM mendakwa Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang menerima pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.
Menurut sumber berkenaan sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta dan dipercayai ada kaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi ketika era pandemik.
Susulan itu SPRM membekukan dua akaun Bersatu yang mempunyai baki RM40 juta daripada RM300 juta berkenaan.
RM260 juta yang lain didakwa telah dibelanjakan untuk membiayai kempen pilihan raya Bersatu, menurut laporan Utusan Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPRM siasat dakwaan Annuar berpuluh juta dalam bilik Muhyiddin
- Tular dokumen dedah hampir semua pendapatan PPBM dari sumber ‘derma’ paksa – Sumber
- SPRM beku akaun bank Bersatu
- Beberapa pemimpin kanan Bersatu dipanggil SPRM, terbaharu semalam
- Bersatu mohon batal pembekuan akaun, tiada duit bayar gaji
- Jika Bersatu bersih sila jelaskan mengapa dalam masa singkat ada dana RM300 juta – Anwar
- Lagi akaun dibekukan, pemimpin kanan Bersatu dipanggil libatkan RM260 juta?
- Tak perlu takut disiasat SPRM jika bersih, Anwar beritahu Bersatu
- Peja akui BERSATU memang ada dapat sumbangan besar
- ‘Tiada parti boleh hidup sendiri, semua terima duit’, kata PAS
- PAS banyak duit, boleh bagi Bersatu – Nik Zawawi
- SPRM siasat jika RM50 juta untuk Bersatu masuk ke poket sendiri – Sumber
- SPRM tahan reman bendahari agung Bersatu
Join our Telegram Channel