Wanita 57 tahun ditahan dalam serbuan pelacuran



KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan berusia 57 tahun antara lima yang ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti pelacuran di Jalan Petaling dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Op Noda itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurutnya, serbuan di premis terbabit telah menahan enam individu termasuk seorang lelaki.


"Siasatan awal mendapati, suspek lelaki berusia 33 tahun itu adalah penjaga premis manakala lima wanita disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran.

"Lima wanita itu terdiri daripada dua warga asing berusia 32 hingga 36 tahun serta tiga warga tempatan berusia 36 hingga 57 tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, polis telah merampas 454 keping kondom, 35 gulung tisu serta wang tunai RM300.


Tambahnya, modus operandi kegiatan itu adalah menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM50 kepada pelanggan dalam kalangan warga asing di tepi jalan sebelum dibawa ke bilik yang disewa.

"Kesemua tangkapan direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya. – Sinar



Join our Telegram Channel
Telegram