Yana Najib tanding Exco Puteri UMNO



PETALING JAYA – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib meluahkan hasratnya mahu bertanding sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan sayap parti itu, 11 Mac ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Menurut Mohd. Puad, hasrat anak perempuan Datuk Seri Najib Razak itu disuarakan ketika kunjungannya ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit semalam.


“Hari ini (semalam) Yana Najib datang berkunjung ke pejabat saya Pusat Khidmat ADUN Rengit di Taman Rengit.

“Beliau datang dengan Dr. Masliha calon Ketua Puteri UMNO Malaysia. Yana pula akan bertanding Exco Puteri UMNO Malaysia. Semoga maju jaya,” tulisnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Nooryana yang juga ahli UMNO Lembah Pantai, dilaporkan aktif membantu parti berkempen di beberapa negeri termasuk Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram