Ahmad Maarop jauh lebih layak berbanding Tengku Maimun



Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebenarnya telah memberi cadangan untuk melantik Yang Arif Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Bin Haji Maarop untuk menggantikan Richard Malanjum yang bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2019.

Dari segi kekananan (seniority), kelayakan serta pengalaman, Ahmad Maarop jauh lebih layak berbanding Memon tetapi beliau telah diketepikan.

Ahmad lebih berusia. Enam tahun lebih tua berbanding Memon.


Ahmad lagi lama berkhidmat sebagai hakim (17 tahun) berbanding Memon (12 tahun).

Ahmad pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Memon tak pernah.

Ahmad pernah menjadi Presiden Mahkamah Rayuan, Memon tak pernah.

Ahmad berkhidmat lama sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan (9 tahun) berbanding Memon (5 bulan). 🤦🏼‍♂️

Mengikut Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) di bawah Perlembagaan Persekutuan, Mahathir sepatutnya ikut cadangan JAC untuk memilih Ahmad Maarop sebagai Ketua Hakim Negara.


Tetapi Mahathir atas syor Tommy Thomas telah mengenepikan cadangan JAC dan melantik Memon sebagai Ketua Hakim Negara biarpun Memon cuma baru dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan selama 5 bulan sahaja dan biarpun syor JAC ketika itu hanyalah untuk melantik Memon sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sahaja.

Nabeel Naqie



ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram