KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul, di sini, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.
Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Amanah Nasional membuat satu laporan polis terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pengakuannya bahawa ada usaha oleh PN untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan.
Sebelum itu, media melaporkan Abdul Hadi berkata tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Agong harap Anwar PM terakhir sebelum 'pulang ke Pahang'
- Kerajaan Anwar akan tumbang dalam masa terdekat – Hadi
- PN berhak rancang rampas kerajaan, kata Hadi
- Terengganu larang ahli politik beri kuliah di masjid, surau
- Hadi: Tak salah malah wajib cakap politik Islam di masjid, surau
- Bukit Aman siasat kenyataan Hadi Awang mahu jatuhkan kerajaan
Join our Telegram Channel