Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob meminta Presiden Umno ,Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang didakwa meluluskan resolusi supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu bulan ini.
Ismail Sabri berkata, Ahmad Zahid perlu menjelaskan perkara itu kerana terdapat laporan media yang bercanggah mengenai kandungan surat ROS itu.
"Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat ROS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan sebab ada dua laporan media berbeza.
“Satu kata ROS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru. Saya pun baca laporan media juga,” kata bekas perdana menteri itu dipetik Berita Harian.
Sebelum ini, Ismail Sabri berkata dia tidak mempertahankan jawatan sebagai naib presiden kerana percaya keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi Umno adalah tidak selaras dengan perlembagaan parti.
Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata Umno telah menerima surat daripada menteri dalam negeri yang mengesahkan ROS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
Pada 20 Jan lalu, dua ahli Umno memfailkan notis bantahan kepada ROS berhubung ketetapan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- ‘Bukan takbur’, Zahid yakin pertahan jawatan presiden jika dicabar
- Puak UMNO pro PN je yang kecoh jawatan presiden tak dipertandingkan – Isham
- 140 ketua bahagian Umno sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertanding
- Umno lulus usul jawatan ‘top 2’ tak dipertanding dengan lebih 90 peratus sokongan dari perwakilan
- 'Terima kasih beri kepercayaan kepada saya dan Tok Mat'
- ROS patut tangguh pemilihan UMNO, kata Ismail Sabri
- Zahid: ROS lulus usul jawatan presiden Umno, timbalan tak dipertanding
- Ismail Sabri minta Zahid tunjuk surat kelulusan ROS
- Umno akan terbitkan surat kelulusan ROS – Zahid
- Umno dikecualikan daripada pembatalan pendaftaran
Join our Telegram Channel