PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut portal Harapan Daily.
Memetik sumber, portal itu melaporkan bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh ditahan ketika bermain golf di Selangor dan akan didakwa di mahkamah esok.
Setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim menafikan presiden Bersatu itu ditahan.
“Tak betul. Dia tidak ditahan hari ini,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, sumber SPRM memaklumkan Muhyiddin dijadualkan memberi keterangan di ibu pejabatnya di Putrajaya esok.
Akaun Bersatu dibekukan SPRM sebulan lalu bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla), sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.
Pemimpin Bersatu lain yang ditahan SPRM termasuk Bendahari Agung Salleh Bajuri, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Segambut Adam Radlan Adam Muhammad. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan, kata Azam
- Muhyiddin bakal ditahan, politik negara semakin panas
- Muhyiddin ditahan SPRM ketika main golf, akan didakwa esok – Sumber
- Muhyiddin nafi ditangkap, akan mengadap SPRM esok
- Jangan sentuh Abah kami! Pegawai Wan Saiful ajak penyokong berguling di pejabat SPRM
- Penyokong Muhyiddin mula berhimpun depan SPRM
- Muhyiddin mungkin ditahan hari ini, kata ketua penerangan Bersatu
- Muhyiddin didakwa esok: Sumber SPRM
- Muhyiddin ditahan
- Saya tidak bersalah, kata Muhyiddin selepas dibebaskan
- Lepaskan jawatan Presiden Bersatu? Tunggu pertuduhan dulu – Muhyiddin
Join our Telegram Channel