Pegawai Wan Saiful didakwa dimahkamah fitnah SPRM tawar RM10 juta



Individu yang didakwa merupakan pegawai penyelidik untuk Wan Saiful Wan Jan diheret ke mahkamah atas dakwaan menggangu siasatan SPRM.

Mohamad Shafiq Abdul Halim, 32, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dia sebelum ini ditahan SPRM selepas mendakwa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful sebagai pertukaran untuk menganiayai bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah

Ketika prosiding di depan hakim Suzana Hussin hari ini, Shafiq didakwa gagal mematuhi arahan untuk hadir ke pertemuan dengan Penolong Penguasa SPRM Shahidan Muhammad Saparudin agar keterangannya diambil, sebagai sebahagian daripada siasatan.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memohon agar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, dengan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, sementara kes berjalan.

Dia juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah larang suara bagi mengelakkan Shafiq daripada membuat kenyataan secara terbuka berkenaan kes itu, sementara kes berjalan.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Shafiq, berkata sementara pembelaan setuju dengan ikat jamin RM10,000 dan pasport anak guamnya diserahkan kepada mahkamah, mereka membantah permohonan untuk perintah larang suara dikenakan.


Chetan berkata pihak pendakwaan sebaliknya perlu membuat permohonan bertulis rasmi berkenaan perkara itu, agar pihaknya boleh meneliti dan membalasnya.

Suzana kemudian menetapkan Shafiq dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, serta mengarahkannya untuk menyerahkan pasport esok.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful yang merupakan bekas ketua penerangan Bersatu dihadapkan dengan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Dia yang mengaku tidak bersalah mendakwa pertuduhan itu sebagai pendakwaan terpilih dan bermotif politik. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram