Pelakon ambil masa sebulan belajar angkat tangan macam Anwar dicerai isteri



KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Farid Kamil.

Memetik sebuah portal berita, pelakon cantik berdarah kacukan itu membuat permohonan cerai awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi tadi.


Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Dalam temu bual dengan sebuah portal awal tahun ini, Diana melahirkan rasa bersyukur suaminya seorang yang setia dan tidak pernah putus asa dalam rumah tangga.


Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, dia sentiasa bersangka baik selain bermuhasabah untuk memperbaiki diri.

Akhir tahun lalu, Diana Danielle menyatakan rasa bangga dengan keberanian suaminya apabila merebut peluang melakonkan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem "Anwar The Untold Story" terbitan sebuah produksi dari Indonesia.

Diana Danielle dan Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 10, dan Aurora, 7. − Awani



Join our Telegram Channel
Telegram