Penyokong Muhyiddin mula berhimpun depan SPRM



PUTRAJAYA – Penyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak jam 9 pagi tadi.

Himpunan diadakan sebagai tanda solidariti kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang dipanggil ke SPRM hari ini.

Semua peserta perhimpunan yang terdiri daripada penyokong Muhyiddin dan beberapa kepimpinan PN dilihat memakai baju kemeja T berwarna merah putih.


Antara yang hadir adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota serta Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris.

Lewat malam tadi, Presiden Bersatu itu dalam hantaran di Facebook mengesahkan beliau telah dipanggil ke ibu pejabat SPRM jam 11 pagi ini.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci sebab beliau dipanggil suruhanjaya berkenaan.


Namun difahamkan ia berkaitan skandal dana Jana Wibawa. – MG





Join our Telegram Channel
Telegram