Dulu saya memang berpandangan bahawa DS Najib bin Abdul Razak telah 'amat' tidak diberikan hak dan keadilan yang sewajarnya oleh Mahkamah.
Tetapi saya diam saja sebab saya kira ia mungkin lahir daripada kenaifan untuk memahami keseluruhan perundangan dan sistem keadilan negara.
Saya lalu doakan beliau tabah menghadapi hukuman dan ujian. Dunia ini ada sisi zahir dan batinnya. Hikmah sentiasa di sisi batin yang perlu digali.
Hari ini, apabila Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato Abdul Rahman Sebli, pengerusi (paling senior) panel lima hakim kepada permohonan semakan sabitan hukuman ke atas DSNR itu memberi pandangan yang sama dalam penghukumannya bahawa wujud ketidakadilan yang nyata, maka saya sedar bahawa pandangan awal saya dulu bukanlah naif. Bahkan bermerit.
Semoga sistem keadilan negara terus diperjuangkan oleh semua rakyat agar sentiasa wujud tambah baik.
Adil atau tidak adil di dunia ini, ia hanyalah perjalanan hidup yang sementara dan penuh ujian.
Hari pembalasan nanti adalah keadilan mutlak dari sang pencipta yang maha adil maha agung.
Itu je nak habaq..
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
ARTIKEL BERKAITAN:
- Update semakan kes SRC Najib
- Sangkaan saya Najib tidak diberi hak keadilan adalah tepat − Nik Abduh
- Kerajaan tak campur tangan pendakwaan kes profil tinggi, kata Azalina
- Kes Najib: Itu keputusan mahkamah – Ahmad Zahid
- Najib wajar dibebas dan dilepaskan – Hakim Abdul Rahman
- 'Jangan hentam Zahid dan Anwar' − Lokman
- Bila sistem perundangan pincang, kerajaan kena siasat, bukan kata 'kita tak campur tangan urusan mahkamah'
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
Join our Telegram Channel