Gombak: Pengarah sensasi, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan itu jam 3.10 petang.
Syamsul ketika ditemui media memberitahu dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan terhadap Puteri Sarah selepas mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang juga berstatus suami orang.
"Saya sudah lama memendam rasa sebagai suami. Dalam dunia ini tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain.
"Kesilapan saya selama ini mungkin saya diam sehingga kedua ibu bapa menghentam saya. Saya bukan nak membalas terhadap Sarah tetapi orang perlu tahu hal sebenar," katanya kepada Harian Metro.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Menurut Syamsul, dia terkejut dengan dakwaan yang mengatakan dia pernah memukul isterinya pada 2020.
"Selama ini apa yang berlaku dalam rumah tangga, saya pilih untuk diam. Rasanya tak elok untuk saya kongsi kepada umum walaupun Puteri Sarah yang masih bergelar isteri saya membuat pelbagai kenyataan di media sosial.
"Saya lelaki yang tidak mahu kongsi hal rumah tangga pada umum. Orang tak tahu apa yang berlaku dan hanya dengar sebelah pihak sahaja sehingga terus menghakimi.
"Saya berdiam diri kerana fikirkan Sarah masih ibu kepada anak-anak saya. Saya tidak mahu bercerita buruk mengenainya. Tapi lama kelamaan benda jadi makin buruk.
"Minggu lepas saya terkejut bila dia menuduh saya memukulnya selepas saya enggan menceraikannya. Itu adalah fitnah. Mungkin dia marah dan benci saya tapi adakah sampai tahap menfitnah saya," katanya.
Sementara itu, Azmi memberitahu pihaknya akan menghantar notis saman kepada Puteri Sarah dalam waktu terdekat memandangkan tarikh sebutan kes akan berlangsung pada 6 April ini.
"Hari ini, Syamsul sudah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami berusaha mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan saman memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan. Jadi kami akan serahkan saman ini kepada dia dalam masa terdekat ini.
"Tarikh seterusnya bagi kes ini adalah 6 April. Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ini kepada Puteri Sarah kerana beberapa alasan yang dinyatakan dalam tuntutan tadi," katanya.
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- Akhirnya Syamsul Yusof mengaku dah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand
- Tak rela dimadu, Puteri Sarah minta cerai daripada Syamsul Yusof
- Syamsul nak pujuk, tapi Puteri Sarah tekad fail cerai Isnin depan
- Yusof Haslam pujuk menantu usah cerai
- Tak rela bermadu bukan bermakna anti poligami – Puteri Sarah
- Cukuplah 9 tahun jadi isteri Syamsul Yusof – Puteri Sarah Liyana
- Puteri Sarah dikecam selepas tular gambar bergesel-gesel dengan MK K-Clique
- 'Tiada suami yang boleh terima isterinya curang' − Syamsul Yusof
- Syamsul nafi bersetubuh luar nikah, Ira saman Jawi
- ‘Isteri kedua dengar kata, tak pernah keluar kenyataan apa pun’ – Syamsul Yusof
- 'Puteri Sarah jangan risau, saya takkan pisahkan anak-anak dengan awak' − Syamsul Yusof
- Sesi JKP gagal, Puteri Sarah tetap mahu cerai
- 'Terimalah poligami Puteri Sarah' – Syamsul
Join our Telegram Channel