PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim diingatkan “tidak berat sebelah” berhubung isu pengampunan Najib Razak, termasuk tindakan Zahid Hamidi menghantar representasi bagi kes rasuahnya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, berkata sepatutnya pemimpin PKR itu dari awal lagi membantah penubuhan kerajaan perpaduan melibatkan Barisan Nasional (BN).
“Hassan tidak boleh ‘double standard’ (berat sebelah). Bila Anwar dapat pengampunan diraja apakah ia malapetaka pada kerajaan memerintah ketika itu?
“Kalau Zahid dan Najib jadi isu sepatutnya dari awal lagi Hassan membantah penubuhan kerajaan perpaduan melibatkan BN,” katanya di Facebook.
Puad turut mempersoalkan kembali kenyataan Hassan sebelum ini, mengatakan kerajaan tidak akan retak dengan permohonan pengampunan Najib, pada 8 Apr.
“Selepas 24 jam dia cakap lain pula. Kenapa pusing? Kali ini Hassan dakwa ia adalah malapetaka pada Anwar. Apakah itu bermakna Anwar boleh mempengaruhi keputusan pengampunan?” soal puad.
Semalam, Hassan mengeluarkan kenyataan mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa imej baik kerajaan pimpinan perpaduan akan tercalar dan tercemar dengan isu pengampunan Najib Razak dan penangguhan kes Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Katanya, kedua-dua senario itu akan menjadi “malapetaka” kepada kerajaan pimpinan Anwar.
Semalam, Zahid yang juga presiden Umno berkata, pihaknya menghantar representasi menggugurkan tuduhan kes rasuah dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya kepada Peguam Negara Idrus Harun, pada Januari dan Februari lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Umno mohon Agong beri pengampunan penuh pada Najib
- Hormat hak UMNO mohon pengampunan Najib – TPM Fadillah
- Padu Speaker DUN Johor bidas Muhyiddin isu pengampunan Najib
- Pembebasan Najib akan menguntungkan kerajaan perpaduan, kata penganalisis
- Trend di TikTok Najib popular, setuju diampunkan
- Hassan Karim jangan ‘double standard’, bila Anwar dapat pengampunan malapetaka jugakah?
- Najib punyai hak mohon pengampunan diraja – Ramasamy
- Rakyat tidak tolak Kerajaan Perpaduan jika Najib diampunkan – Sian See
Join our Telegram Channel