'Jangan hentam Zahid dan Anwar' − Lokman



AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato' Lokman Noor Adam mencadangkan supaya keluarga Datuk Seri Najib Razak memohon untuk mendapatkan Pengampunan Di-Raja berikutan kegagalan Najib mendapat semakan semula bagi kes SRC.

Pada Jumaat, majoriti dari 5 panel hakim telah memutuskan bahawa Najib gagal dalam semakan tersebut. 

Di dalam penjelasan Lokman Adam di Facebook Live video, beliau menafikan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahin dan Timbalannya, Ahmad Zahid punca Najib dipenjarakan semula.

Menurutnya apa yang menimpa nasib Najib hari ini adalah semuanya agenda bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 


"Apa agenda Mahathir kali ini? Dia tak nak diri dia dan anak-anak masuk penjara. Dia kena pastikan kerajaan Anwar tumbang.

"Mula-mula dia (Mahathir) rancang letak orang-orang dia dalam parti (Umno), tapi gagal. Hari ini dia gunakan orang-orang yang dahulu dia lantik untuk teruskan agenda dia.

"Kita kena faham, harini yang masukkan Najib ke penjara dan didapati bersalah bukan Dato Zahid dan Anwar Ibrahim.

Lokman merayu supaya ahli-ahli UMNO dan juga penyokong Najib tidak 'menghentam' Zahid dan Anwar kerana menurutnya ia akan melambatkan proses pembebasan beliau. 


Najib masih ada 3 peluang

Lokman juga menjelaskan ada tiga lagi peluang Najib iaitu melalui perbicaraan semula, Siasatan Diraja (RCI) dan Pengampunan Diraja.

Menurut Lokman jika pembebasan Najib dibuat melalui perbicaraan semula dengan menukar Ketua Hakim Negara dan Ketua Peguam Negara, ia akan menjadi isu besar dan menjejaskan kemenangan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Oleh itu penukaran Ketua Hakim dan Peguam hanya boleh dilakukan selepas enam PRN akan datang paling awal bulan Jun ini.

Proses untuk siasatan RCI juga akan mengambil masa yang lama.


Tetapi jika mahu bebaskan Najib sebelum Hari Raya tahun ini, Lokman merayu supaya ahli keluarga Najib fokus memohon untuk mendapatkan Pengampunan Diraja dengan segera. − TunCarlos



Join our Telegram Channel
Telegram