Seorang jururawat di Singapura berusia 27 tahun mengaku telah menggunakan wang hasil daripada aktiviti sugar baby untuk membayar yuran pengajian, sewa rumah dan kos sara hidup.
Bagi beliau, pekerjaan sambilan yang beliau lakukan ini lebih lumayan dan mampu menjana sehingga SGD $3,600 (RM12,000) untuk lapan orang pelanggan setiap bulan.
Bercerita mengenai pengalamannya dengan Yahoo News, wanita yang ingin dikenali sebagai SJ berkata dia tiada niat untuk berkecimpung di dalam dunia sugar baby.
Namun disebabkan masalah kewangan dan lahir dari keluarga yang miskin, pilihan akhir yang beliau ada demi menjana kewangan yang cepat adalah dengan menjadi sugar baby.
Pengalaman pertamanya adalah bertemu dengan seorang lelaki bernama Tim yang berusia 43.
Pelanggan pertamanya ini adalah seorang lelaki yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk bercinta, disebabkan itu dia menggunakan khidmat sugar baby seperti SJ.
Dia membawa SJ makan di tempat yang mewah dan berjalan-jalan menaiki Porshe sebelum menghabiskan masa di sebuah hotel.
“Apabila kami bertemu, Tim dan saya membincangkan berapa lama kami akan bertemu, sempadan hubungan kami, dan berapa banyak yang dia akan bayar untuk khidmat saya.
“Kami bersetuju dengan $500 selama empat jam, termasuk hubungan intim.
“Malam pertama kami bersama sangat menarik. Selepas makan malam, dia menempah hotel dan kami meluangkan sedikit masa bersembang – tanpa memberikan terlalu banyak butiran – sebelum menjadi intim.
“Selepas semua selesai, Tim memindahkan $500 sebagai bayaran kepada saya dan menempah Grab untuk saya supaya saya boleh pulang pada jam 3 pagi.”
Sepanjang beliau bertemu pelanggan, dia tidak pernah menggunakan nama betul dan sering mengelak daripada memberitahu pelanggannya mengenai sisi lain hidup beliau.
Dengan cara ini, hubungan di antara beliau dan pelanggan lebih terjaga serta ia juga boleh mengelak daripada berlakunya masalah peribadi.
Kata SJ, dia selalu mengingatkan pelangganya bahawa dia hanya tempat persinggahan untuk beberapa jam sahaja, tidak lebih daripada itu.
SJ juga berkongsi pengalaman bertemu dengan seorang pelanggan bernama Raymond yang mahu menjadikan dia hak milik eksklusif.
Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan kerana pelanggan tersebut tidak mampu untuk membayar sebanyak SGD $7,000 kepada SJ setiap bulan.
“Raymond cenderung untuk menghabiskan masa dengan saya, dia suka memerhati hubungan kami sehingga ia menjadi sesuatu yang menyusahkan, terutamanya apabila dia menyatakan minat untuk menjadikan saya hak milik eksklusif.
“Menjadi eksklusif, dalam dunia sugar baby, bermakna Raymond adalah pelanggan tunggal saya. Malangnya, dia tidak dapat membayar SGD $7,000 jika mahu saya jadi miliknya secara eksklusif,” katanya.
SJ kini mempunyai lapan pelanggan dan setiap daripada mereka membayarnya sehingga SGD $300 sehingga SGD $500.
Dia kini tidak berminat untuk mencari pelanggan baharu kerana pelanggan sedia ada ini sudah cukup untuk menampung hidupnya.
Dia turut memberitahu Yahoo News bahawa dia kini sedang mengenali dengan seorang lelaki – bukan dari aktiviti sugar baby – dan lelaki itu tahu mengenai pekerjaannya.
“Saya telah menjadi sugar baby selama hampir setahun sekarang, dan saya menikmati pengalaman ini, bagaimanapun kebelakang ini, saya berada dalam dilemma.
“Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang lelaki yang saya percaya boleh serius bersama saya.
“Saya bertemu dengan dia melalui kerja. Walaupun dia tidak menyukai hakikat bahawa saya seorang sugar baby, dia mula memahami bahawa inilah yang perlu saya lakukan untuk terus hidup.
Join our Telegram Channel