JOHOR BAHRU – Pasangan yang tular melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan baru-baru ini dikenakan tahanan reman selama dua hari atas perbuatan tersebut.
Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan Majistret, Noorfazlin Hamdan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3.03 petang, 29 Mac lalu.
“Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.
“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang, semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Mohd. Sohaimi, semakan dibuat mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.
“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel