Daim disebut antara disiasat SPRM seleweng dana negara RM2.3 bilion



KUALA LUMPUR – Nama bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin didakwa terpalit skandal penyelewengan dana negara yang bernilai lebih RM2.3 bilion.

Warga maya hari ini kecoh memperkatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang bekas menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri untuk siasatan berkaitan penyelewengan dana negara yang bernilai lebih RM2.3 bilion.

Portal berita FMT melaporkan telah menghubungi Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan beliau mengesahkannya.


Siasatan dipercayai ada kaitan dengan skandal kewangan pada 90-an dan nama bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah disebut-sebut terlibat dalam siasatan berkenaan.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ia adalah ekoran arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya skandal kewangan lama disiasat kembali. − SuaraTV


ARTIKEL BERKAITAN:



 
Join our Telegram Channel
Telegram