Hadi peluk semua, jenis lalang berkepentingan − Isham



Haji Hadi ini akan cakap apa sahaja untuk kepentingan politik. Dia ini macam lalang politik.

Saya ingat lagi masa Najib PM dia peluk cium Najib dan UMNO. Selepas UMNO tidak lagi berkuasa dia u-turn dan kata UMNO sudah keruh.

Tapi bila Muhyiddin dan PN kena dakwa kes rasuah dan skandal Jana Wibawa, dia diam dan tidak kata Muhyiddin keruh pula.


Dulu dia gelar Mahathir macam-macam dan suruh Mahathir bertaubat berkenaan pembunuhan Memali. Selepas itu bila Mahathir jadi PM semula pada tahun 2018 dia pergi jumpa Mahathir minta wang ehsan.

Selepas Mahathir beri wang ehsan, dia janji akan sokong Mahathir jika berlaku undi percaya di Parlimen.

Tetapi bila dia jumpa Agong untuk menyatakan sokongan, dia tikam belakang Mahathir dan sokong Muhyiddin pula sebagai Perdana Menteri.


Dan bila Muhyiddin jadi PM dia peluk Muhyiddin pula.

Sekarang dia peluk dan bodek Mahathir semula sebab pilihanraya nak dekat dan dia mahu guna Mahathir untuk tarik sokongan Melayu Mahathir.

Hai Haji Hadi. Muslihat itu bukan semuanya baik, kerap kali penipuan adalah penipuan dan bukan muslihat. Dan lebai tidak baik menipu.

− Isham Jalil







Join our Telegram Channel
Telegram